Man United tumbang lagi, Rashford dibuang padang

Manchester United tumbang lagi, Rashford dibuang padang

Pemain Manchester United, Marcus Rashford dibuang padang selepas melakukan kekasaran ketika menentang FC Copenhagen dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENGHAGEN: Manchester United terus dirundum malang apabila mengalami kekalahan 3-4 di tangan FC Copenhagen dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yag berlangsung awal pagi tadi.

United yang bertandang ke Stadium Parken, Copenhagen bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ketiga menerusi Rasmus Hojlund sebelum pemain itu sekali lagi meledak pada minit ke 28.

Bagaimanapun episod duka United bermula pada minit ke 42 apabila Marcus Rashford dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan padang selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia telah memijak buku lali pemain pertahanan Copenhagen, Elias Jelert.

Kekurangan seorang pemain menyaksikan United terus tempang dan tuan rumah memanfaatkan kelebihan yang dimiliki apabila Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves menyamakan kedudukan menjadi 2-2 sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung aksi di babak kedua, United yang dibimbing Erik ten Hag tidak mengalah apabila Bruno Fernandes kembali meletakkan pelawat di hadapan menerusi jaringan daripada sepakan penalti pada minit ke 69.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Lukas Lerager menyamakan semula kedudukan pada minit ke 83, sebelum pemain muda berusia 17 tahun, Roony Bardghji dari Sweden melakukan satu rembatan voli untuk menewaskan penjaga gol United, Andre Onana pada minit ke 87, sekaligus gol kemenangan untuk Copenhagen.

Kekalahan ini meletakkan United berada di dasar Kumpulan A dengan Bayern Munich sudah sebelah kaki ke pusingan seterusnya selepas membenam Galatasary.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN