Lee Zii Jia tak minat sertai RTG

Lee Zii Jia tak minat sertai RTG

LEE Zii Jia mempunyai perancangan sendiri dalam mengatur perjalanan kariernya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan jaguh perseorangan lelaki penuh kontroversi, Lee Zii Jia tidak akan sertai program sukan elit negara, ‘Road to Gold” (RTG) selepas beberapa bulan bermain ‘tarik tali’ dengan jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, Hannah telah merayu agar Zii Jia segera menandatangani kontrak program RTG selewat-lewatnya 14 November, namun bekas jaguh Asia itu masih belum menyatakan persetujuan biarpun mengadakan perbincangan atas talian bersama Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam semalam.

Di pihak Zii Jia, menerusi pengurusnya, Lee Zii Yii sebelum ini menjelaskan adiknya berdepan kekangan untuk menandatangani kontrak RTG kerana terlibat dengan jadual kejohanan yang padat dan ketika ini, dia berada di Jepun untuk Kejohanan Badminton Masters Kumamoto.

Bagaimanapun selepas diberikan ruang dan waktu, pihak RTG membuat keputusan untuk meneruskan sahaja perancangan dengan barisan atlet sedia ada dalam program tersebut memandangkan Sukan Olimpik Paris 2024 hanya kurang lapan bulan sahaja lagi sebelum dilangsungkan pada 26 Julai tahun hadapan.

“Saya boleh katakan setakat ini Zii Jia tidak menandatangani perjanjian RTG, tetapi kita tunggu kenyataan media dilakukan.

“Bagi saya mudah, RTG adalah kemudahan yang kami wujudkan untuk membantu menambah baik perkhidmatan bagi atlet yang akan ke Paris.

“Kita juga telah menyatakan RTG adalah satu platform yang mahu hapuskan segala sekatan atau birokrasi tetapi saya tidak boleh paksa jika atlet tidak mahu menerima ataupun mereka memiliki fasiliti yang lain.

“Ini terpulang kepada kepada atlet masing-masing sebab RTG menyediakan kontrak asas untuk atlet.

“Saya percaya mahu atau tidak mahu, perlukan atau tidak, tambahan perkhidmatan daripada RTG adalah satu keputusan yang perlu dibuat oleh atlet sendiri kerana melalui temubual bersama mereka, kita mendengar setiap servis tambahan yang diperlukan oleh setiap individu, jadi kalau tiada keperluan, itu hak atlet tersebut,” jelas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Wanita Dalam Sukan ASEAN 2023 di Subang Jaya semalam.

Program RTG diwujudkan bagi membolehkan penantian lebih enam dekad Malaysia untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik dapat ditamatkan.

Ketika ini, 14 orang yang tersenarai dalam program RTG terdiri daripada dua jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua penerjun wanita, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dan badang negara, Mohd. Aniq Kasdan.

Bakinya pula terdiri daripada barisan pemain badminton antaranya perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya