Fernandes pastikan Man United tidak masuk gua minggu ini

Fernandes pastikan Man United tidak masuk gua minggu ini

Bruno Fernandes meraikan jaringan kemenangan ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Craven Cottage, London hari ini. (FOTO:AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United boleh menarik nafas lega setelah mereka berjaya mengelakkan diri daripada menjadi bahan ketawa pesaing lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham.

United bertandang ke Craven Cottage dalam misi memburu tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan yang mengaibkan minggu lalu apabila dibenam Manchester City 3-0, disusuli tewas kepada Newcastle United dengan jaringan sama dalam aksi Piala Liga (EFL) di Old Trafford.

Awal permainan menyaksikan tonggak pertahanan, Harry Maguire terpaksa mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan selepas mata kanannya mengalami luka gara-gara berlanggar dengan penyerang Fulham, Rodrigo Muniz.

United sepatutnya di hadapan pada minit ke kelapan menerusi Scott McTominay, bagaimanapun hasil semakan video bantuan pengadil (VAR) telah mendapati Maguire berada dalam kedudukan ofsaid, sekaligus menafikan jaringan itu.

Kedua-dua pasukan saling mengasak namun tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga perlawanan memasuki masa tambahan.

Kapten United, Bruno Fernandes menjadi wira apabila memanfaatkan kesilapan dilakukan pertahanan Fulham untuk merembat bola ke gawang lawan, sekaligus memberikan kemenangan berharga buat United di tempat lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN