Cobra lunas dendam empat tahun

Cobra lunas dendam empat tahun

Pasukan Cobra memenangi perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Cobra 10s yang ke-50 ketika menentang Daveta Rugby dengan jaringan 19-0 di Padang Astaka Petaling Jaya. Foto Utusan-Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berlatih hanya kurang dari seminggu dan tewas dalam peringkat kumpulan menentang Daveta, namun kelab ragbi tertua Malaysia, Cobra berjaya bangkit untuk menang bergaya 19-0, dalam perlawanan Kejohanan Ragbi Cobra 10 sebelah (10s) edisi ke-50, petang tadi.

Kemenangan yang diraikan di Padang Astaka Petaling Jaya itu sekali gus meletakkan Cobra sekali lagi sebagai juara bertahan kejohanan tersebut selepas kali terakhir dipertandingkan pada 2019.

Jurulatihnya, Michael Rogers yang telah mengendali pasukan itu sejak empat tahun lalu turut mengakui persembahan anak buahnya agak kaku pada awal permainan namun dia kemudian mengubah taktikal perlawanan dengan meminta mereka memperlahankan momentum untuk mengawal aksi.

“Kami cuba mengubah rancangan perlawanan selepas kekalahan itu dengan memperlahankan aksi pada perlawanan akhir.

“Kemenangan ini… sudah tentu sekali kedua-dua pasukan yang bertanding rasa bercampur baur. Mungkin mereka pun tidak menyangka kami akan membuat kejutan muncul pemenang.

“Tetapi itulah ragbi, semangat yang para pemain miliki tetap membolehkan mereka berjabat tangan walau siapa pun yang menang dan kalah.

“Untuk Cobra sendiri, pastinya beberapa tahun kebelakangan ini amat mendukacitakan kerana tidak dapat menganjurkan kejohanan ini akibat Covid-19 lalu dan pastinya kemeriahan itu juga mungkin tidak sama seperti 15 atau 20 tahun dahulu tetapi pujian wajar diberikan kepada Cobra kerana telah menyediakan kelengkapan dan hospitaliti terbaik untuk kami” katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam perkembangan sama, skuad wanita Cobra Venom turut mendominasi pusingan akhir dengan kemenangan 17-5 ke atas Dingoes RC.

Kejohanan Ragbi Cobra 10 sebelah (10s) edisi ke-50 tahun ini telah berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 November dan untuk pertama kalinya ia dianjurkan tanpa ganjaran wang kemenangan kepada pasukan pemenang.

Sungguhpun demikian, pengerusi kejohanan, Tommy Pereira berkata, persahabatan yang telah terjalin dengan kelab-kelab ragbi dari seluruh dunia selama berpuluh tahun lalu tetap disambut baik apabila mereka menghantar penyertaan termasuk tiga kelab baharu iaitu dua dari New Zealand dan satu dari Papua New Guinea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya