Tottenham terajui takhta liga dengan kelebihan lima mata

Tottenham terajui takhta liga dengan kelebihan lima mata

SON Heung-min (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Tottenham mengalahkan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Son Heung-min meledak gol sekali lagi untuk membantu Tottenham mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menumpaskan Crystal Palace 2-1, sekali gus menerajui tangga teratas Liga Perdana Inggeris menerusi kelebihan lima mata.

Kemenangan di Selhurst Park, awal pagi tadi itu membolehkan Spurs meninggalkan pencabar rapat, Manchester City dengan kelebihan lima mata selepas mengumpul 26 mata daripada 10 perlawanan.

Skuad bimbingan Ange Postecoglou diberi tentangan sengit oleh Palace sepanjang babak pertama, namun menguasai permainan sebaik sahaja jaringan sendiri Joel Ward meletakkan mereka di depan pada minit ke-53.

Ketua pasukan, Heung-min kemudian menampan bola untuk jaringan liga kelapannya pada minit ke-66 bagi  menggandakan kedudukan.

Empat minit memasuki waktu kecederaan, Jordan Ayew merapatkan jurang buat tuan rumah, namun sudah terlewat untuk merubah keputusan perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya