Terengganu bawa bekalan tipis

Terengganu bawa bekalan tipis

PEMAIN Terengganu FC meraikan jaringan Nik Sharif Haseefy Lazim ketika menentang Kuala Lumpur City dalam separuh pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terengganu FC menang 2-1 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kemenangan itu, sekali gus menyaksikan Terengganu membawa bekalan tipis ke Kuala Terengganu untuk pertembungan timbal balik pada 3 November ini.

Perlawanan itu berlangsung seimbang dan Terengganu terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan babak pertama untuk berada di hadapan menerusi jaringan Ivan Mamut.

Bersambung babak kedua, KL City yang turun tanpa kapten mereka, Paulo Josue cuba bangkit dengan melakukan beberapa gerakan namun tidak berjaya untuk memecahkan kebuntuan jaringan.

Beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan baik dan perlawanan bertambah rancak pada babak akhir dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Terengganu mendapat peluang terbaik untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-82, namun sepakan kurang kemas Syahmi Zamri di depan gawang berjaya diselamatkan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Pada minit ke-89, Terengganu berjaya menggandakan kedudukan menerusi Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim apabila dia menyudahkan umpanan Syahmi.

Skuad City Boys berjaya merapatkan kedudukan selepas Tchetche Kipre menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, sekali gus memastikan Terengganu tidak membawa pulang bekalan lebih selesa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya