PSM mengaku padang Stadium Bukit Jalil belum di tahap terbaik

PSM mengaku padang Stadium Nasional Bukit Jalil belum di tahap terbaik

KEADAAN rumput Stadium Nasional Bukit Jalil yang tercabut ketika Malaysia menentang India dalam aksi Pestabola Merdeka. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengakui bahawa padang rumput Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak berada di tahap terbaik ketika perlawanan antara Malaysia menentang India bagi aksi Pesta Bola Merdeka semalam.

Biarpun skuad kendalian Kim Pan Gon berjaya mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 4-2, namun tumpuan perlawanan semalan lebih terarah kepada keadaan padang yang buruk biarpun baru sahaja dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Khamis.

Lebih parah, tidak sampai 20 minit perlawanan berlangsung, sudah kelihatan beberapa kawasan padang dalam keadaan bertompok dan berpasir sehingga menjejaskan pergerakan pemain untuk kedua-dua belah pasukan.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (empat, kanan) dan Hannah Yeoh (tiga, kanan) melihat permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil yang baru ditukar dengan rumput Zeon Zoysia. Turut sama, Hamidin Mohd. Amin (dua, kiri). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

PSM menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menjelaskan beberapa kawasan di padang itu tidak mendapat pendedahan cahaya yang secukupnya, sekaligus merencatkan kematangan pertumbuhan rumput Zeon Zoysia yang baru sahaja ditanam di stadium tersebut.

Jelas PSM lagi, tempoh penyediaan rumput padang itu seharusya mengambil masa selama 12 bulan untuk, namun PSM hanya mempunyai tempoh lapan bulan sahaja untuk menyediakan venue ini bagi saingan Pesta Bola Merdeka.

PERTAHANAN India, Mehtab Singh cuba menghalang pemain negara, Arif Aiman Hanapi (kiri) di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Tambahan, keadaan hujan sepanjang minggu lalu juga turut menjejaskan keadaan pertumbuhan padang di SNBJ.

“PSM telah menggunakan “grow light” bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Namun, ia tetap tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi.

“Walaubagaimanapun, PSM yakin perkara tersebut akan di atasi dan tompokan tertentu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil bakal pulih sepenuhnya menjelang
Kelayakan Piala Dunia,” jelas PSM dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya