Piala AFC: Gol Syahmi beri Terengganu kelegaan

Piala AFC: Gol Syahmi beri Terengganu kelegaan

PEMAIN-Pemain Terengganu FC meraikan jaringan penyamaan ketika berdepan Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta, malam ini.-IHSAN FLASH SUKAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC berjaya mencuri satu mata daripada Bali United selepas mencatat keputusan 1-1 pada aksi kedua Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Pemain gantian Syahmi Zamri muncul wira Terengganu apabila jaringannya pada 10 minit terakhir memastikan wakil negara itu tidak pulang dengan tangan kosong, malah membolehkan skuad Sang Penyu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC setakat ini.

Keputusan itu juga menyaksikan Terengganu meneruskan momentum positif selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners dari Australia pada aksi pembukaan.

Sebaliknya , untuk Bali United tentu sekali ia keputusan menghampakan selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Percaturan pengendali skuad Penyu Tomislav Steinbruckner membuat beberapa pertukaran termasuk menyenaraikan Adisok Kraison dan Argzim Redzovic dalam kesebelasan utama yang tidak beraksi pada aksi pertama sebelum ini jelas menunjukkan jentera serangan kurang menyegat.

Malah, ketiadaan penjaring terbanyak Sang Penyu, Ivan Mamut jelas menunjukkan kelesuan jentera depan.

Sepanjang babak pertama, gerakan paling berbahaya dicipta pelawat hanya hadir pada minit ke-41 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Nurillo Tukhtasinov dinafikan penjaga gol tuan rumah Adilson Maringa.

Bersambung babak kedua, Bali United hanya memerlukan sembilan minit untuk merobek gawang Terengganu menerusi ledakan Privat Mbarga.

Tersentak dengan jaringan itu, Steinbruckner segera melakukan pertukaran dengan membawa masuk Syahmi Zamri dan mengeluarkan Adisak.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila pemain berusia 23 tahun itu mudah menolak masuk bola ke gawang tuan rumah selepas menerima tandukan Nor Hakim Hassan yang menyambut sepakan sudut Sony Norde.

Terengganu kini menghuni tangga kedua Kumpulan G, berkongsi empat mata dengan Bali United masih menerajui kumpulan tersebut dengan kelebihan jaringan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya