Perak makin meningkat, padah jika ambil mudah - Matthew Davies

Perak makin meningkat, padah jika ambil mudah – Matthew Davies

PASUKAN JDT tiba di Ipoh hari ini untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang Perak esok. - JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh memandang rendah pasukan Perak FC apabila berentap pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Bek kanan, Matthew Davies berkata, pasukan bimbingan Yusri Che Lah itu semakin menunjukkan perkembangan positif dan pasti akan bermain bermati-matian untuk melangkah ke pentas final.

Bagi memastikan peluang final lebih cerah, skuad Harimau Selatan perlu memburu gol pada malam ini dan tidak membenarkan pasukan tuan rumah untuk mencipta jaringan sebagai bekalan yang selesa untuk aksi kedua di Stadium Sultan ibrahim, pada 2 November ini.

 

“Berdasarkan prestasi semasa pasukan, saya lihat JDT mampu mendapat keputusan positif di tempat lawan, sekali gus memberi kelebihan buat pasukan untuk melangkah ke final.

“Apa pun, kita tidak boleh terlalu yakin hanya berpandukan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan. Perak bukanlah pasukan yang sama seperti dahulu dan mampu untuk mencipta elemen kejutan,” katanya.

Kali terakhir JDT bertandang ke Perak dalam saingan Liga Super menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari itu menang 5-0, malah mereka merekodkan keputusan sama di Stadium Sultan Ibrahim, 13 Ogos lalu.

Dalam pada itu, pemain Harimau Malaya itu yang baru menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan Pestabola Merdeka tetap bersemangat seandainya diturunkan menentang skuad Bos Gaurus.

AKSI Matthew Davies ketika menentang Tajikistan malam tadi. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO

Katanya, sudah menjadi lumrah bagi seorang pemain bola sepak profesional perlu cepat menyesuaikan diri antara pasukan kebangsaan dan aksi bersama kelab.

“Saya dikeluarkan selepas babak pertama kerana mengalami sedikit kecederaan, begitu juga Arif (Aiman Hanapi) yang tidak meneruskan aksi babak kedua.

“Kemungkin untuk saya beraksi menentang Perak masih 50-50, namun saya tetap perlu bersedia untuk beri tumpuan terhadap aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN