Pengawal keselamatan Birmingham tidak benarkan Rooney masuk

Pengawal keselamatan Birmingham tidak benarkan Rooney masuk

WAYNE Rooney ketika memberi sidang akhbar pertama sebagai pengurus Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Wayne Rooney bersemangat untuk memulakan latihan seawal pukul 7 pagi pada hari pertamanya sebagai pengurus Birmingham City semalam, namun dia disambut oleh pengawal keselamatan bertanya kepadanya ‘awak siapa?’

Bekas kapten England itu sebelum ini pernah menolak beberapa tawaran kerja termasuk dari Arab Saudi, namun dia akhirnya membuat keputusan untuk mengambil alih kelab yang beraksi dalam Liga Kejuaraan susulan pemecatan John Eustace.

Rooney tidak dapat tidur lena sejak beberapa hari lalu kerana jetlag selepas mengharungi perjalanan jauh dari DC United di Washington untuk tiba di England.

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk pergi ke markas latihan sebelum matahari terbit bagi memulakan tugas selepas menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama The Blues.

 

“Saya rasa dia tidak kenal saya.

“Saya tak boleh tidur. Dan saya juga fikir sebagai pengurus, saya perlu tunjukkan contoh kepada kakitangan. Anda mahukan (jawatan ini), jadi anda perlu berada di tempatnya dan bersedia.

“Itu sebahagian daripada peranan pengurus dan itulah juga yang saya selalu lakukan.

“Masuk awal dan pastikan persediaan dilakukan dengan betul,” kata Rooney ketika ditanya reaksi kakitangan kelab apabila melihat pengurus baharu mereka tiba awal.

Berusia 37 tahun, bekas ­penyerang Manchester United itu menggalas tugas pengurus buat kali ketiga selepas menghadapi bencana ­kewangan ketika bersama Derby County dan kemudian DC United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN