Nice gantung pemain tulis hantaran anti-Yahudi di media sosial

Nice gantung pemain tulis hantaran anti-Yahudi di media sosial

YOUCEF ATAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE: Kelab Ligue 1 Perancis, Nice menggantung pertahanannya, Youcef Atal kerana hantaran anti-Yahudi yang dimuat naik bintang Algeria itu di media sosial semalam.

Atal, 27, menjadi pemain bola sepak terbaharu dikenakan tindakan selepas kelab Jerman, Mainz menggantung Anwar El Ghazi kerana menyokong Palestin dalam konflik dengan Israel.

Biarpun Youcef sudah memadam hantarannya di Instagram dan membuat permohonan maaf, kelab dalam satu kenyataan berkata, mereka memandang serius perkara itu dengan mengambil tindakan disiplin serta merta.

ANWAR EL GHAZI

“Sebaik sahaja dia pulang dari tugasan bersama skuad kebangsaan Algeria, di mana dia bersama mereka sejak 9 Oktober, Youcef Atal telah dihubungi oleh pengarah OGC Nice untuk berbual.

“Nice memahami bahawa pemain itu telah mengakui kesilapannya dan segera menarik balik hantaran serta menulis permohonan maaf secara terbuka.

“Begitupun, memandangkan penerbitannya telah dikongsi, dan kandungan hantaran adalah serius, kelab mengambil tindakan disiplin terhadap pemain itu sebelum sebarang tindakan mungkin diambil oleh pihak berkuasa sukan dan undang-undang.

“Oleh itu, kelab telah memutuskan untuk menggantung Youcef Atal sehingga diberitahu kelak.

“Kami ingin menekankan bahawa reputasi dan perpaduan OGC Nice adalah hasil daripada tingkah laku semua pekerjanya, yang mesti selaras dengan nilai yang digalakkan oleh institusi.

“Seperti yang dinyatakan oleh OGC Nice dalam mesejnya pada Jumaat lalu, OGC menegaskan komitmen teguhnya untuk memastikan keamanan mengatasi semua pertimbangan lain,” kata Nice dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN