Newcastle benam PSG 4-1

Newcastle benam PSG 4-1

PERTAHANAN Newcastle, Dan Burn menanduk gol kedua pasukannya ketika menentang PSG dalam aksi Liga Juara-Juara. - IHSAN NEWCASTLE UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Newcastle United mempamer aksi cemerlang untuk membenam juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) 4-1 pada aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) di tempat sendiri dalam tempoh 20 tahun, awal pagi tadi.

Dalam suasana hangat di timur laut, PSG gagal menyaingi tuan rumah yang membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi Miguel Almiron.

Bek kiri, Dan Burn menggandakan kedudukan 2-0 dengan menanduk gol kedua, enam minit sebelum tamat babak kedua.

Penonton semakin bersemangat apabila Sean Longstaff meledak gol ketiga menewaskan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma,hanya lima minit selepas babak kedua bersambung.

Jaringan Lucas Hernandez pada minit ke-56 kembali memberi harapan kepada pasukan pelawat, namun ketika permainan menunggu masa untuk ditamatkan, Fabian Schar meledak gol keempat The Magpies.

Kemenangan itu membolehkan Newcastle merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dengan empat mata, satu mata di depan PSG.

“Ia malam yang menakjubkan untuk kami, begitu banyak cerita untuk dibincangkan dalam permainan ini. Saya gembira untuk kelab dan penyokong apa yang mereka berikan kepada kami malam ini adalah luar biasa.

“Mereka (PSG) pasukan yang bagus dan kami perlu bertahan dengan sangat baik. Semangat kami sangat cemerlang. Kami mencipta perkara positif pada babak pertama, dan tekanan agresif menjadi tanda kejayaan kami,” kata pengurus Newcastle, Eddie Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN