Misi takraw buru emas masih di landasan

Misi takraw buru emas masih di landasan

MALAYSIA meneruskan misi memburu emas sepak takraw antara regu selepas mara ke separuh akhir semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rejaman, kawalan bola dan konsistensi servis antara faktor utama yang harus diberi perhatian oleh Malaysia dalam separuh akhir sepak takraw antara regu Sukan Asia di Hangzhou hari ini.

Dua kemenangan yang dilakar ke atas Vietnam dan ­Singapura semalam, memboleh­kan pasukan negara mengesahkan tiket separuh akhir, sekali gus kekal di landasan untuk mempertahankan emas yang dimenangi dalam temasya Jakarta/Palembang 2018.

Dalam perlawanan pertama pada sebelah pagi, Malaysia menang 2-1 ke atas Vietnam (17-21, 21-8, 21-11).

Ketika bertemu Singapura, Malaysia menang straight set (21-10, 21-6).

“Pada set pertama menentang Vietnam, kita bermula sangat perlahan, termasuk ketika melakukan serangan dan pertahanan. Kita tak pamerkan aksi terbaik dalam set itu.

“Kita cepat hilang fokus dan kurang keyakinan.

“Namun apabila dua pemain utama masuk, baru kita dapat melakukan serangan yang konsisten dan bervariasi di samping kawalan bola yang agak mantap, seterusnya memberi tekanan kepada pasukan lawan.

“Untuk perlawanan separuh akhir esok (hari ini), kalau kita lihat daripada beberapa elemen permainan yang ditampilkan pemain, ada sedikit kelonggaran yang perlu diperkemaskan lagi antaranya konsistensi servis, rejaman, kawalan bola.

“Itu antara perkara yang kita akan beri tumpuan menjelang perlawanan esok (hari ini),” katanya jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya