Michelle Yeoh kini Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

Michelle Yeoh kini Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

MICHELLE YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Pemenang anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh telah diundi untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.

Michelle, yang menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar menerusi filem Everything Everywhere All at Once pada awal tahun ini, telah dipilih setelah meraih 67 undi sokongan berbanding sembilan undi menentang.

Ini menyaksikan pelakon berusia 61 tahun itu menjadi lapan daripada muka baru untuk Ahli Jawatankuasa badan induk IOC yang bersidang buat kali ke 141 di Mumbai, India.

Turut sama dipilih merupakan ahli perniagaan sukan Jerman, Michael Mronz, bekas pemenang pingat Sukan Olimpik dari Peru, Cecilia Tait, Balazs Furjes yang berkhidmat sebagai pentadbir sukan Hungary, Ketua Persekutuan Ping Pong Sweden, Petra Soerling, Presiden Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa, Kim Jae-Youl dan Yael Arad.

Sejurus selepas disahkan sebagai ahli baru IOC, Michelle yang diiringi suaminya, Jean Todt, bekas presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), diberikan pingat ahli IOC oleh Presiden Jawatankuasa badan induk tersebut, Thomas Bach.

“Kesemua calon ini membawa nilai tambah kepada kerja IOC berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang pelbagai dimilki meraka,” jelas Bach.

Lebih menarik, sebelum undian dilakukan, Puteri Britain,  Puteri Anne yang merupakan pengerusi pemilihan ahli jawatankuasa IOC memperkenalkan Michelle sebagai jaguh skuasy remaja Malaysia.

“Dukacitanya, dia (Michelle) mempunyai bakat lain yang membawanya jauh dari kehidupan sukan tetapi dia mengharungi perjalanan karier yang menarik dan mempunyai minat yang besar terhadap sukan,” kata Anne.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil dalam IOC adalah menerusi bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’far yang kini merupakan ahli kehormat MOM. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya