Messi, Haaland layak menang Ballon d'Or - Guardiola

Messi, Haaland layak menang Ballon d’Or – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erling Haaland dan Lionel Messi kedua-duanya layak untuk memenangi anugerah bola sepak berprestij, Ballon ­d’Or, kata pengurus Manchester City, Pep ­Guardiola.

Messi, 36, mengetuai kejayaan ­Argentina merangkul Piala Dunia di Qatar tahun lalu, manakala Haaland, 23, meledak 52 gol dalam 53 perlawanan untuk membantu City menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Messi dan Haaland menjadi pilihan utama untuk memenangi anugerah itu yang akan ­diumumkan dalam satu ­majlis gilang gemilang di Paris pada 30 Oktober ini.

“Saya selalu berkata bahawa Ballon d’Or mesti terdiri daripada dua bahagian, satu untuk Messi dan satu untuk pemain lain.

“Haaland sepatutnya menang. Kami memenangi treble, dia membuat 52 gol, namun sudah tentu, Messi sekalipun dia mengharungi musim terburuk, dia tetap pemain terbaik berbanding pemain lain.

“Kedua-dua pemain ini berhak untuk memenangi anugerah tersebut.

“Saya akan katakan saya mahu Erling menang kerana dia membantu kami mencapai apa yang kami ada sekarang.

“Saya sukakannya tetapi saya juga tidak akan mengatakan ia tidak adil jika Messi menang,” katanya.

Messi yang pernah bermain di bawah bimbingan Guardiola dari 2008 hingga 2012 ketika ­berada di

Barcelona telah memenangi ­tujuh trofi Ballon d’Or.

Baru-baru ini, terdapat ­dakwaan bintang Inter Miami itu akan memenangi anugerah kelapannya selepas senarai pemenang bocor dan didedahkan oleh beberapa media Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN