Lydia sedia hadapi cabaran West Course

Lydia sedia hadapi cabaran West Course

LYDIA KO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun tidak beraksi di Malaysia, bintang golf sensasi New Zealand, Lydia Ko melahirkan rasa terujanya dapat kembali ke negara ini dan berpeluang bermain di West Course, Kuala Lumpur Golf & Country Club adalah cabaran yang mahu disahutnya.

Lydia berkata, dia hanya mengetahui tentang West Course kerana pemain lelaki dalam Jelajah PGA (Persatuan Golf Profesional) pernah bermain di situ.

“Apa yang saya tahu, pemain lelaki dalam Jelajah PGA biasa­nya beraksi di West Course dan Justin Thomas pernah muncul juara beberapa kali.

“Saya difahamkan, West Course lapangannya lebih sempit berbanding lapangan yang satu lagi (East Course) di mana kami (pemain LPGA) biasa bermain di situ.

“Tetapi, tiada siapa yang tahu, sehinggalah anda sendiri berada di luar sana dan menyesuaikan diri dengan lapa­ngan golf tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui KLGCC dekat sini, kelmarin.

Kejohanan Golf Maybank LPGA (Persatuan Golf Wanita Profesional) 2023 akan membuka tirai kejuaraan, hari ini dan berakhir pada Ahad.

Lydia yang masih memegang gelaran selaku pemain termuda pernah menghuni ranking No. 1 dunia ketika berusia 17 tahun memberitahu.

“Memang ada kalanya terdapat lapangan golf yang memiliki dua bahagian dan menawarkan pengalaman berbeza.

Justeru, jelas pemain yang kini berusia 26 tahun itu, amat penting untuknya segera mencari keserasian ketika sesi latihan sebelum kejohanan bermula.

“Saya masih belum berpeluang menguji lapangan di West Course lagi, jadi, saya tidak dapat untuk menerangkan dengan lebih terperinci, tapi saya menjangkakan ia satu pengalaman yang menarik,” ujarnya yang menjadi pilihan untuk muncul juara.

Mengulas mengenai cuaca di Malaysia, menurut Lydia, hujan sering menjadi cabaran beraksi di negara ini dan dia berharap lapangan golf tidak terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya