Liverpool terima rakaman audio VAR gol Diaz yang dibatalkan

Liverpool terima rakaman audio VAR gol Diaz yang dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rakaman audio perbualan antara pegawai perlawanan yang terlibat dalam kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) di Tottenham, Sabtu lalu telah diserahkan kepada Liverpool.

Kelmarin, Reds membuat permintaan rasmi kepada badan pengadil, PGMOL untuk mendengar perbualan penuh pengadil dalam aksi kontroversi Liga Perdana Inggeris itu.

PGMOL juga tidak menolak untuk mendedahkan audio tersebut sebelum edisi Mic’d Up seterusnya, iaitu program TV bulanan yang disiarkan di Sky Sports.

Sejurus tamat aksi kontroversi yang menyaksikan Liverpool kalah 2-1 kepada Tottenham dan menamatkan permainan dengan sembilan pemain, PGMOL tampil memohon maaf dan mengakui berlaku ‘kesilapan manusia’ apabila jaringan Luis Diaz dibatalkan.

Dalam perlawanan itu, pada kedudukan 0-0 Diaz menjaringkan gol pembukaan Liverpool ketika pasukannya beraksi dengan 10 pemain selepas Curtis Jones dibuang padang.

Gol itu dibatalkan apabila pegawai VAR, Darren England tersilap mempercayai Diaz  dalam posisi ofsaid, dan memberitahu pengadil di padang, Simon Hooper pemeriksaannya telah lengkap.

Selain itu, Liverpool juga difahamkan akan merayu terhadap kad merah yang dilayangkan kepada Jones di awal perlawanan.

Diogo Jota turut dibuang padang pada babak kedua kerana dilayangkan dua kad kuning.

Ekoran insiden tersebut, England dan pembantunya VAR, Daniel Cook diketepikan daripada sebarang perlawanan Liga Perdana hujung minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya