Liga Super: Gol Balic bantu Kelantan United raih kemenangan

Liga Super: Gol Balic bantu Kelantan United raih kemenangan

ISMAHEEL Akinade (kiri) di kawal ketat oleh pemain Peneng FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tonggak pertahanan dari Crotia, Dominik Balic menjadi wira Kelantan United FC apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-67 membolehkan Sang Kijang Hijau melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi mencari kemenangan, kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati menyebabkan tiada sebarang gerakan atau percubaan berbahaya dilakukan sepanjang 20 minit pertama perlawanan.

Aksi hambar itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa membuat pertukaran awal dalam usaha memecah kebuntuan jaringan pada perlawanan tersebut.

Kelantan United terlebih dahulu melakukan rombakan apabila membawa masuk Mohamad Qayyum Marjoni Sabil pada minit ke-25 bagi menggantikan Ismaheel Akinade yang dilihat kurang efektif di jentera serangan.

Ia kemudian diikuti oleh pelawat yang memasukkan Mohamad Al Hafiz Harun pada minit ke-37 bagi menggantikan Abdeen Temitope Abdul selepas mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Selepas itu, baharulah kedua-dua pasukan meningkatkan tempo perlawanan menuju minit-minit akhir perlawanan, namun tiada sebarang jaringan dihasilkan dan kedudukan terikat tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pelawat dilihat lebih garang mengasak kubu tuan rumah namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Tuah nyata menjadi milik Sang Kijau Hijau apabila Dominik Balic meledakan gol pertama perlawanan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-67 selepas menerima hantaran daripada Jose Elmer Porteria.

Jaringan tunggal itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan United melakar kemenangan ketiga musim ini.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan United kekal di tangga ke-12 dan Penang kekal menghuni tempat ke-10 dalam carta Liga Super.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya