Kos RM4.7 juta setahun untuk selenggara rumput Zeon Zoysia

Kos RM4.7 juta setahun untuk selenggara rumput Zeon Zoysia

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (tiga, kanan) dan Hannah Yeoh (dua, kanan) meninjau padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil yang baru ditukar kepada rumput Zeon Zoysia hari ini. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Issac (kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd.Faidz Sanusi (paling kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos sekitar RM4.7 juta setahun perlu disediakan mana-mana  Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk menukar padang stadium mereka dengan rumput  Zeon Zoysia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya akan memberi geran untuk penanaman rumput, namun kos penyelenggaraan dan pembelian mesin harus ditanggung sendiri oleh negeri-negeri yang berminat.

Katanya, kos sama telah dikeluarkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menukar dan menaik taraf Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) yang kini berwajah baharu.

“Mengenai tawaran yang kita beri kepada semua Exco Kerajaan Negeri, dan semua sedia maklum bahawa kita baru ada pilihan raya negeri baru-baru ini.

“Enam negeri sudah berubah Exco  dan sebelum ini memang berminat dengan tawaran kita, tapi mahu melihat dahulu status dan kos penyelenggaraan.

“Seperti anda sedia maklum, rumput sahaja tidak mencukupi, kena ada naik taraf saliran dan mesin itu perlu ada…bermaksud negeri-negeri perlu ada lebih kurang RM4.7 juta kalau nak (rumput baharu tajaan Kementerian Belia dan Sukan),” kata Hannah selepas majlis perasmian padang baharu SNBJ yang disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Begitupun kata Hannah, kos sebenar setiap negeri tidak sama kerana semua stadium mempunyai masalah berbeza, terutama berkaitan peparitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya