Klopp 'angau' dengan barisan baharu Liverpool

Klopp ‘angau’ dengan barisan baharu Liverpool

DARWIN Nunez (kanan) diraikan rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol ketiga Liverpool ketika mengalahkan Toulouse dalam saingan Liga Europa di Anfield, Liverpool semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp meng­gelar barisan pemain ­Liverpool sekarang sebagai skuad yang ‘mudah membuat orang jatuh cinta’ selepas Reds membenam Toulouse 5-1 dalam Liga Europa di Anfield semalam.

Anak-anak buah Klopp memulakan pesta gol seawal minit kesembilan menerusi Diogo Jota, disusuli jaringan Wataru Endo, Darwin Nunez, Ryan Gravenberch dan Mohamed Salah.

Klopp membuat lapan pertukaran berbanding skuad yang mengalahkan Everton 2-0 dalam aksi terakhir Liga Perdana, 21 Oktober lalu, termasuk menampilkan pemain remaja, Luke Chambers, Calum Scanlon dan James McConell.

Pengendali Jerman itu ­telah membina semula skuad selepas mengharungi musim lalu yang mengecewakan, selain hilang beberapa tonggak seperti Jordan Henderson dan Fabinho.

“Saya rasa mudah untuk jatuh cinta dengan pasukan ini, begitu banyak perkara menarik di dalamnya. Kami telah mengambil langkah besar, kami perlu berkembang.

“Kebanyakan pemain yang ka­mi tandatangani amat ­me­­yakinkan,” katanya.

Klopp turut memuji persembahan Gravenberch yang dibawa masuk dari Bayern Munich apabila berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Toulouse.

“Saya amat menyukainya, seronok melihat dia mula mempunyai keyakinan.

“Ini penting untuk pemain muda sepertinya. Masih ada banyak ruang untuk diperbaiki tetapi berita gembiranya semua orang dapat melihat potensi yang dia miliki,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN