Impian Arif Aiman meledakdi pentas Asia tercapai

Impian Arif Aiman meledak di pentas Asia tercapai

Arif Aiman Hanapi (kanan) bersaing dengan pemain BG Pathum United dalam aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia di Stadium BG, Thanyaburi, Thailand. – IHSAN BG Pathum United
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi amat teruja berjaya meledak dua gol ketika membantu Harimau Selatan melakar kemena­ngan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelmarin.

Kata Aiman, 21, apa yang menggembirakannya bukan sahaja memenuhi impian meledak gol di pentas ­tertinggi kelab Asia itu, malah membantu JDT melakar kemenangan 4-2 ke atas BG Pathum United 4-2.

Pemain ­Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim 2021 dan 2022 itu muncul wira JDT selepas menjaringkan dua dua gol dalam aksi di Stadium BG.

Meskipun ramai memuji aksi ditampilkannya, namun dia menyifatkan kejayaan itu hasil kerjasama semua pihak dalam pasukan yang turun dengan keazaman tinggi untuk tidak mengalami kekalahan kedua.

Bulan lalu, JDT tumpas 0-1 kepada Kawasaki Frontale dalam aksi pembukaan Kumpulan I di ­Iskandar Puteri, dan satu lagi kekalahan akan menyulitkan misi mereka untuk mara ke peringkat kalah mati.

 

“Alhamdulilah syukur dengan kemenangan ini. Perlawanan menentang Pathum United amat penting buat saya dan rakan-rakan kerana mahukan tiga mata di ­gelanggang lawan.

“Kemenangan ini juga membuka ruang buat JDT untuk memburu slot ke pusingan seterusnya walaupun masih jauh tapi ia me­ningkatkan moral kami bagi meneruskan rentak permainan yang lebih mantap untuk aksi seterusnya,” katanya.

Kelincahan Arif Aiman menjadi ancaman kepada skuad kendalian Surachai Jaturapattarapong, terutama gol penyamaan dilakukan pemain berusia 21 tahun itu seminit kemudian selepas ­penyerang tuan rumah Victor Cordozo membuka tirai jaringan se­awal minit kelima.

“Amat bersyukur juga ke­rana menjadi impian buat saya ­menjaringkan gol dalam perlawanan yang cukup besar terutama di ACL tapi kemampuan saya menjaringkan gol bukan hanya seorang sahaja, sebaliknya rakan sepasukan banyak membantu untuk pastikan kejayaan itu.

“Rakan sepasukan yang bertungkus-lumus dalam perlawanan itu turut memainkan peranan bagi memastikan kemenangan malah saya berterima kasih juga kepada barisan kejurulatihan yang beri kepercayaan penuh buat saya beraksi,” jelasnya.

Dua lagi jaringan JDT disumbangkan Bergson Da Silva pada minit ke-14 sebelum Juan Muniz mencipta gol pada minit ke-53.

Cordozo cuba merapatkan kedudukan tetapi gol Arif Aiman terus memadam perjuangan tuan rumah dengan meledak gol keempat untuk kemenangan 4-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya