Honda dan Marquez sah berpisah

Honda dan Marquez sah berpisah

MARC MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEPUN: Pasukan Honda Racing Corporation (HRC) membuat keputusan mengejutkan apabila sah berpisah dengan pelumba utamanya, Marc Marquez berkuatkuasa tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, HRC menjelaskan Marquez yang beraksi untuk pasukan Honda Repsol akan menghabiskan baki enam pusingan lagi sehingga tamat musim Motogp tahun ini sebelum kedua-dua pihak akan membawa haluan masing masing.

“Honda Racing Corporation dan Marc Marquez telah bersetuju untuk menamatkan kontrak empat tahun termeterai antara mereka lebih awal yang akan berakhir pada hujung musim Kejohanan Dunia Motogp pada tahun ini.

“Dengan berbaki hanya setahun sahaja lagi antara pihak HRC dan Marc marquez, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menamatkan kerjasama mereka selepas tamatnya Kejohanan Dunia Motogp musim ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju bahawa keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama untuk meneroka peluang baru di masa hadapan dalam meraih keputusan dan sasaran yang dimahukan,” jelas HRC dalam kenyataan rasmi itu.

Selama 11 tahun bekerjasama, Marquez yang sinonim dengan No. 93, telah meletakkan Honda sebagai salah sebuah pasukan digeruni dalam saingan Motogp apabila berjaya menjadi juara dunia sebanyak enam kali, dan mengumpul 59 kemenangan serta 101 kedudukan podium.

Marquez mula beraksi bersama Honda dalam kelas utama apabila menyertai Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas, sekaligus menjadi pelumba termuda beraksi dalam kelas berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya