Hajat Liek Hou rampas emas tidak kesampaian

Hajat Liek Hou rampas emas tidak kesampaian

CHEAH Liek Hou kalah kepada pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hajat Cheah Liek Hou untuk merampas semula pingat emas badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dalam Sukan Para Asia berkecai selepas tumpas pada perlawanan akhir di Hangzhou, sebentar tadi.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu tumpas kepada musuh tradisi dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-18, 19-21, 17-21 dalam aksi sengit di Gimnasium Binjiang.

Liek Hou, 35, merupakan pemenang pingat emas temasya Guangzhou 2010 dan Incheon 2014, namun dia hanya pulang bersama gangsa dalam penampilan terakhir di Jakarta-Palembang pada 2018.

“Tadi saya dah cuba main dengan baik tapi lawan dapat banyak pukulan yang bernasib baik dan mengganggu rentak saya.

“Di set ketiga saya banyak buat kesilapan sehingga kehilangan banyak mata. Tak berpuas hati dengan keputusan ini namun saya kena terima,” katanya  yang dipetik kepada Bernama.

Perak yang diraih hari ini adalah pingat ke-33 negara dalam temasya empat tahun sekali itu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya