Dua pemain gantian penyelamat Manchester City

Dua pemain gantian penyelamat Manchester City

JULIAN Alcarez meraikan jaringannya ketika membantu Manchester City menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara. - IHSAN MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG, Jerman: Pemain gantian, Julian Alvarez dan Jeremy Doku meledak gol lewat permainan untuk membantu Manchester City bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan menumpaskan RB Leipzig 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Juara bertahan itu tiba di Jerman dalam ‘mood’ kurang bagus selepas kalah kepada Newcastle dalam Piala Liga sebelum dikejutkan oleh Wolverhampton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

City menguasai permainan sejak awal sebelum meledak gol pertama menerusi Phil Foden yang menyudahkan umpanan Rico Lewis pada minit ke-25.

Bagaimanapun, tiga minit selepas babak kedua bersambung, serangan balas pantas Leipzig membolehkan Lois Openda menyamakan kedudukan 1-1.

Begitupun, ketika Leipzig terlalu memberi perhatian kepada Erling Haaland, yang meledak lima gol dalam tempoh 60 minit pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Alvares pula menjaringkan gol penting lima minit selepas dimasukkan.

Penyerang Argentina itu merembat hantaran Doku pada minit ke-84 untuk kembali meletakkan City di depan.

Ketika perlawanan hanya menunggu masa untuk ditamatkan, giliran Alvarez melakukan umpanan untuk disempurnakan oleh Doku pada waktu kecederaan.

City kini menyamai rekod tanpa kalah  terpanjang oleh kelab Inggeris di pentas Liga Juara- Juara dengan 16 perlawanan.

Leeds (1967-1968), Tottenham (1967-1972), Chelsea (2018-2019) dan West Ham tiga lagi kelab England yang pernah mengharungi 16 perlawanan tanpa kalah.

Jeremy Doku meledak gol ketiga Manchester City.

Skuad bimbingan Pep Guardiola pasti lega  kembali ke landasan kemenangan ketika mereka bersiap sedia untuk bertandang ke Arsenal dalam saingan Liga Perdana, Ahad ini.

“Saya tidak akan menilai pasukan hanya berdasarkan keputusan.

“Kedua-dua perlawanan bukanlah keputusan terbaik tetapi ia tidak mudah apabila lawan yang kami tentang bertahan dengan 10 pemain di dalam kotak penalti.

“Jika anda fikir saya akan meragui pemain saya, anda silap. Saya bergantung kepada mereka tanpa syarat.

“Sekarang kami akan berehat sebentar, kemudian pergi ke Arsenal untuk meneruskan persaingan,” kata Guardiola kepada TNT Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya