Arsenal kenyang ratah Sheffield, Chelsea kembali jadi lauk

Arsenal kenyang ratah Sheffield, Chelsea kembali jadi lauk

Arsenal membelasah Sheffield United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal membuktikan mereka masih antara pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mereka membelasah Sheffield United 5-0 sebentar tadi.

Biarpun skuad Gunners turun tanpa penyerang Brazil, Gabriel Jesus dan pemain tengah Thomas Partey yang mengalami kecederaan, ia tidak menjejaskan momentum pasukan.

Sebaliknya Eddie Nketiah mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa dia bukan tunggul kayu dalam pasukan apabila menjaringkan hatrik untuk Arsenal bermula pada minit ke 28 setelah menyempurnakan hantaran Declan Rice.

Dua lagi gol hadir pada babak kedua, masing masing pada minit ke 50 dan 58.

Anak buah Mikel Arteta menambah duka Sheffield apabila dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung permainan dengan Fabio Veira tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Wes Foderingham di gawang.

Tatkala masa hampir menuju ke penamatnya, Takehiro Tomiyasu menambah gol kelima Arsenal, berpunca daripada sepakan penjuru, sekaligus memberikan tiga mata penting buat pasukannya.

Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson melakukan percubaan ketika menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sebentar tadi, (FOTO: AFP)

Dalam satu lagi perlawanan, jiran Arsenal, Chelsea pula diaibkan Brentford di laman sendiri.

Jaringan Ethan Pinnock pada minit ke 58 dan Bryan Mbeumo kembali meletakkan skuad Mauricio Pochettino dalam situasi sukar apabila kini mereka berada di tangga ke sebelas liga.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.