Zia Izzuddeen juarai kelayakan Jelajah Toyota

Zia Izzuddeen juarai kelayakan Jelajah Toyota

ZIA Izzuddeen Abdul Rashid muncul juara kelayakan sekolah Jelajah Toyota yang berlangsung di di Palm Resort Golf & Country Club di Senai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zia Izzuddeen Abdul Rashid melakar kejutan apabila menjuarai kelayakan sekolah Jelajah Toyota di Palm Resort Golf & Country Club di Senai, Johor selepas melakukan dua di bawah 70 untuk menamatkan saingan tiga hari dengan keseluruhan 216.

Pemain itu memulakan saingan hari terakhir dengan ketinggalan sebanyak empat pukulan di belakang pendahulu sebelumnya, Tan Yih Heng namun, dia bangkit melakukan satu di atas 37 pada sembilan lubang pertama, tiga eagle di lubang kelima dan ke-15.

Zia Izzuddeen yang juga duta Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) memenangi saingan dengan kelebihan tiga pukulan mengatasi Yih Heng, Anson Yeo dan Shahrul Ikhzuan.

“Kemenangan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi tahap keyakinan saya apabila saya beraksi dalam saingan Jelajah Toyota nanti.

“Saya akan bermain di tiga kejohanan ADT (Asian Development Tour) iaitu di Indonesia, Selangor Masters dan Kejuaraan Jelajah Toyota pada November,” katanya.

Mengimbas permulaan kerjayanya, Zia Izzuddeen berkata, dia hanya mula bermain golf pada 2016 dan menjadi profesional pada tahun lalu.

Sebelum itu, sukan yang diminatinya adalah bola sepak dan berbasikal.

“Apabila saya mula bermain golf, saya memaksa diri berlatih dan bermain selama 12 jam sehari. Saya berterima kasih kepada pengurusan KGSS kerana menandatangani saya dan memberi peluang kepada saya untuk membangunkan permainan saya,” katanya.

Sementara itu, lima pemain wanita berjaya mendapatkan kad tour mereka termasuk Ng Jing Xuen yang mengakhiri saingan enam di atas 222.

Pemain lain adalah pemain amatur, Pang Hee Jie dan Audrey Tan, serta pemain profesional, Lana Ardini dan Qistina Balqis.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya