Syritsa tawan peringkat kedua LTdL 2023, Amirull rampas jersi Raja

Syritsa tawan peringkat kedua LTdL 2023, Amirull rampas jersi Raja Bukit

GLEB Syritsa muncul juara peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) laluan Kuala Terengganu-Kota Bharu dengan jarak laluan sejauh 186.2 kilometer (km)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BAHRU: Pasukan Jelajah Dunia, Astana Qazaqstan mula mengorak langkah menunjukkan kelas mereka di dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 apabila menakluk peringkat kedua perlumbaan yang berlangsung hari ini.

Perlumbaan yang bermula dari Kuala Terengganu ke Kota Bahru dengan jarak laluan sejauh 186.2 kilometer (km) menghimpunkan 128 orang pelumba daripada 22 pasukan bertanding.

Awal perlumbaan menyaksikan beberapa orang pelumba mula mengorak langkah untuk meninggalkan kelompok besar peloton, antaranya Luke Mudgway (Bolton Equities Black Spoke), Polychronis Tzortzakis (Roojai Online Insurance) dan Calum Johnston (Caja Rural-Seguros RGA).

Tiga zon pecutan yang ditawarkan dalam perlumbaan hari ini bermula di km 34.6 di Bukit Nenas diungguli Jon Agirre Egana (Equipo Ken Pharma), sebelum Mudgway tampil memberikan tentangan di zon kedua pecutan di km 87.4 di Bandar Permaisuri. Tom Scully dari pasukan EF Education–EasyPost pula memastikan zon pecutan ketiga di km 173.2 di Peringat menjadi miliknya.

Pelumba pasukan tempatan paling menonjol untuk saingan hari ini merupakan pelumba Terengganu Polygon Cycling (TSG), Nur Amirull Fakhruddn Mazuki yang mendominasi dua zon dakian iaitu di km 49.3 Setiu dan km 56.8 Pelong.

PELUMBA Terengganu Polygon Cycling (TSG), Nur Amirull Fakhruddn Mazuki mendominasi dua zon dakian iaitu di km 49.3 Setiu dan km 56.8 Pelong untuk merampas jersi Raja Bukit.

Kejayaan ini menyaksikan Amirull berjaya merampasnya jersi bintik merah, Raja Bukit yang sebelum ini menjadi milik rakan sepasukannya, Nur Aiman Zariff.

Menuju ke penghujung perlumbaan, pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa berjaya mencari ruang untuk meloloskan dirinya ke hadapan sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara peringkat kedua LTdL 2023, sekaligus menebus kekecewaannya pada perlumbaan peringkat pertama semalam apabila sekadar berada di tempat ketiga.

Pemegang jersi hijau, pendahulu keseluruhan serta jersi jingga, Raja Pecut masih lagi kekal menjadi milik pelumba Tudor Pro Cycing, Arvid De Kleijn apabila dia menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Tempat ketiga diraih pelumba kelahiran Verona, Itali Enrico Zanoncello yang mewakili pasukan, Green Project-Bardiani CSF-Faizane.

“Saya berasa sungguh gembira dengan kemenangan ini, kerana ini adalah kemenangan pertama saya pada tahun ini. Tahun lalu saya pernah beraksi di LTdL , ia adalah satu perlumbaan menarik dengan pemandangan yang sangat cantik.

“Hari ini saya tidak melakukan kesilapan sama seperti semalam, saya hanya memecut dari belakang peloton, dan ia adalah perlumbaan pecutan seperti yang saya mahukan,” jelas Syritsa.

Tahun lalu, Syritsa memenangi perlumbaan peringkat pertama LTdL 2022 yang berlangsung dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur.

Begitu juga pemilik jersi putih, Pelumba Terbaik Asia yang kekal menjadi pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya