Skuad mahal Chelsea dimalukan Nottingham

Skuad mahal Chelsea dimalukan Nottingham

CHELSEA (biru) mengalami kekalahan mengejut 0-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih setengah bilion pound sudah dibelanjakan untuk pembelian pemain baharu, namun Chelsea masih kelihatan seperti pasukan yang amat memerlukan pertolongan.

Blues tewas 0-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri, sebentar tadi, sehari selepas menutup jendela perpindahan musim panas dengan melepasi paras 500 juta pound apabila membawa masuk Cole Palmer.

Moises Caicedo, pemain yang memaksa Chelsea membayar 115 juta pound (RM672.73 juta) kepada Brighton menjadi sebahagian punca gawang mereka dibolosi.

Dia melepaskan bola dengan mudah sebelum Anthony Elanga menyambut hantaran lintang Taiwo Awoniyi pada minit ke-48 untuk gol tunggal kemenangan.

Seorang lagi bintang baharu Chelsea, Nicolas Jackson mengharungi perlawanan ketiga tanpa jaringan, dan serangan Blues tampak langsung tidak bertaring.

Pengendali mereka, Mauricio Pochettino kini telah mengalami dua kekalahan, satu seri dan hanya satu kemenangan menentang Luton yang merupakan pendatang baharu liga.

ERLING Haaland (kanan) meledak hatrik buat City.

Pada ketika Blues mengharungi malam yang gelap, juara bertahan, Manchester City dan Tottenham masing-masing melakar kemenangan besar.

Erling Haaland meledak hatrik untuk membantu City membelasah Fulham 5-1 di Etihad.

Kapten Tottenham, Son Heung-min juga mencipta hatrik untuk membantu Spurs membenam Burnley 5-2.

City kini mengekalkan rekod empat kemenangan musim ini untuk mengungguli liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN