Pemburuan pingat Sukan Asia bermula

Pemburuan pingat Sukan Asia bermula

SEBAHAGIAN pegawai dan atlet negara yang hadir dalam Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen di Perkampungan Atlet, Hangzhou kelmarin. _ MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selain skuasy, karate, wusyu dan pelayaran yang menjadi sandaran emas negara dalam Sukan Asia 2022 yang membuka tirai hari ini, sepak takraw juga mampu menghadirkan kejutan biarpun kurang diberi harapan.

Untuk edisi ke-19 temasya, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan luar daripada kebiasaan apabila tidak memberikan sasaran emas, sebaliknya hanya menyasarkan 27 pingat tanpa mengira warna.

“Secara peribadi, saya melihat karate, wusyu dan skuasy akan cemerlang di Sukan Asia.

“Karate dan wusyu ada rekod baik, di Sukan SEA Kemboja mereka meraih emas dan wusyu kali ini juga kita ada juara dunia selain mereka cemerlang di Sukan Universiti Dunia.

“Skuasy tidak dipertandingkan pada Sukan SEA tetapi atlet yang ada konsisten dalam kejohanan antarabangsa,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd. Sadek Mustaffa kepada Utusan Malaysia.

MALAYSIA turun ke Sukan Asia di Hangzhou dengan misi mempertahankan pingat emas antara regu yang dimenangi di Jakarta/Palembang 2018.

Penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli pula tertarik ­dengan semangat juang sepak takraw yang ingin mempertahankan emas yang pernah dimenangi mereka pada edisi 2018.

Pekan berkata, semangat yang ditampilkan skuad sepak takraw perlu dicontohi oleh atlet sukan lain kerana mereka bertekad untuk meraih emas biarpun sedar akan berdepan cabaran sengit Thailand yang juga merupakan kuasa besar dalam acara itu.

“Regu yang diketuai tekong, Syahir Rosdi pada Sukan SEA Kemboja sudah membuktikan mereka mampu menewaskan Thailand dan berbekalkan semangat itu, mereka berazam meraih emas, ini sema­ngat yang kita mahukan

“Saya ucapkan selamat maju jaya buat anak-anak buah Ahmad Jais Baharom dio China, ayuh kita rentap ego Thailand,” katanya.

Pada edisi 2018 di Jakarta/Palembang, Malaysia yang diperkuatkan dengan 417 atlet pulang bersama 13 perak dan 16 gangsa  untuk mengumpul 36 pingat secara keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya