MFL sudah mula langkah cari dana VAR

MFL sudah mula langkah cari dana VAR

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan memanfaatkan sebaiknya tempoh beberapa bulan akan datang sebelum sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 dengan mencari dana secukupnya bagi menampung penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya juga sedia mengkomersialkan teknologi VAR itu bagi menarik lebih penaja bagi saingan musim depan.

“VAR tidak termasuk dalam bajet tahun depan namun kami akan lakukan sehabis baik untuk pelaksanaan VAR. Apabila kita berdepan masalah, kita akan cuba cari mekanisme penyelesaian.

“Kita sudah lakukan dengan jayanya untuk tahun ini apabila ada 13 penaja dan kita juga harap kita dapat komersialkan VAR untuk cari penaja berasaskan VAR.

“Jadi kami harap dengan adanya VAR, ia juga buka peluang baharu untuk kita cari penaja untuk kategori VAR saja,” jelasnya.

Stuart menjelaskan pihaknya memahami bebanan kewangan pasukan-pasukan Liga M sekali gus sanggup mengeluarkan belanja sendiri

terlebih dahulu bagi pelaksanaan teknologi VAR yang menelan belanja RM9.7 juta pada pelaksanaan tahun pertama.

MFL juga perlu mengeluarkan anggaran perbelanjaan kira-kira RM3.2 juta pada tahun berikutnya untuk memastikan teknologi terbabit dapat terus digunakan di Liga M.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya