Malaysia turun untuk kalahkan Bangladesh

Malaysia turun untuk kalahkan Bangladesh

PEMAIN muda negara menjalani latihan akhir di Chonburi, Thailand kelmarin menjelang pertemuan menentang Bangladesh dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tiada pilihan kecuali menumpaskan Bangladesh dalam aksi pembukaan kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) hari ini bagi mencerahkan peluang muncul dua pasukan terbaik Kumpulan H.

Kemenangan dalam aksi pertama di Stadium Chonburi, Thailand itu sangat diperlukan skuad kendalian E. Elavarasan untuk memenuhi misi layak ke Qatar tahun depan.

Selepas dua kali berdepan detik mengecewakan tahun ini, iaitu di Sukan SEA Kemboja dan Piala AFF B-23 tahun ini, harapan tinggi diletakkan di bahu Harimau Muda untuk meraih keputusan lebih baik.

“Kita datang dengan sasaran yang sama untuk melepasi ­peringkat kelayakan ini dan maju ke pusingan akhir.

“Di pihak kita, harapan peminat bola sepak di negara tinggi. Kita datang ke sini, akan lakukan sebaik mungkin bagi mencapai harapan seluruh peminat.

“Walaupun kita akan lalui cabaran yang sukar, tapi kita mahu pergi lebih jauh dalam kempen ini,” katanya pada sidang media praperlawanan bagi Kumpulan H di Bangkok, ­Thailand, semalam.

Malaysia dijadual turun menentang Bangladesh di Stadium Chonburi petang ini, sebelum bertemu Filipina pada Sabtu, juga di venue dan waktu sepak mula yang sama.

Ujian sebenar Harimau Muda dijangka pada aksi ­terakhir kumpulan menentang Thailand.

Beliau berharap kehadiran beberapa tonggak berpengalaman yang dipanggil semula ­seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal akan memperkuatkan pasukan.

“Pasukan Malaysia juga menggunakan kaedah sama membuat penggiliran pemain, memanggil pemain yang berpengalaman, dan kita harap pemain akan lakukan terbaik dalam kejohanan ini,” jelasnya.

Mengikut format pertan­dingan, 16 pasukan terdiri daripada 11 juara kumpulan dalam kelayakan bersama empat naib juara terbaik kumpulan dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-23 2024.

Malaysia gagal melepasi ­peringkat kumpulan pada Sukan SEA, Mei lalu sebelum langkah mereka tersekat di separuh akhir pada Piala AFF B-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN