PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa syarikat Gano Excel Industries Sdn. Bhd. iaitu peneraju industri berasaskan Ganoderma lucidum (Lingzhi dan Reishi) meneroka potensi perniagaan di Perlis. Sebagai sebuah syarikat tempatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Gano Excel mengusahakan penanaman dan pengeluaran Ganoderma. Syarikat itu juga mengendalikan ladang organik Ganoderma terbesar di dunia berasaskan konsep ladang model berteknologi tinggi dengan pengurusan mampan. Hasrat Raja Muda Perlis…










