Khairul Hafiz tetap berlari dalam 100 meter

Khairul Hafiz tetap berlari dalam 100 meter

KHAIRUL HAFIZ JANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penurunan prestasi Khairul Hafiz Jantan dalam Terbuka Jabar di Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini tidak membuatkan jurulatih pecut negara, Poad Md. Kassim tmenekan butang ‘panik’.

Poad berkata, tewas kepada rakan sepasukan Arsyad Md. Saat dan Jonathan Nyepa di kejohanan itu tidak bermakna atlet yang terkenal dengan julukan Speedy Jantan itu tidak mampu menyerlah di Sukan Asia Hangzhou.

“Prestasi Terbuka Jabar tidak boleh menjadi kayu pe­ngukur kemampuan Khairul, dia sebenarnya semakin baik. Di Terbuka Jabar itu, pada permulaan dia tidak begitu stabil dan hampir terjatuh.

“Jadi, situasi itu sedikit mengganggu lariannya,” katanya.

Terbuka Jabar yang menjadi kejohanan terakhir buat pelari pecut negara sebelum beraksi dalam Sukan Asia menyaksikan Arsyad memenangi emas dengan masa 10.38 saat (s), diikuti Jonathan (10.55s) dan Khairul Hafiz ketiga (10.57s).

Ditanya sama ada Khairul Hafiz akan beraksi dalam acara 100m, Poad berkata, tiada sebarang perubahan dalam senarai atlet yang mana pemenang emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu akan turun beraksi dalam acara riben biru bersama Muhammad Azeem Fahmi.

Sebelum ini, Khairul mengakui dia masih lagi bergelut melepasi catatan bawah 10.20s sejak dia memecahkan rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.18s ketika meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya