Karate, wusyu sandaran terbaik emas Malaysia

Karate, wusyu sandaran terbaik emas Malaysia

PASUKAN karate hadir ke Sukan Asia Hangzhou dengan misi menjadi penyumbang pingat emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Karate dan wusyu dijangka menjadi prospek pingat emas terbaik Malaysia pada temasya Sukan Asia Hangzhou, China yang membuka tirai Sabtu ini.

Kedua-dua sukan itu kini berada pada prestasi terbaik ­dengan meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, termasuk dalam Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

Penganalisis sukan, Mohd. Sadek Mustaffa berkata, daripada 27 pingat tanpa mengira warna yang diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN), Malaysia dijangka hanya meraih lima emas.

“Secara peribadi, saya melihat karate dan wusyu akan cemerlang di Sukan Asia, basikal trek juga ada kemungkinan untuk emas tetapi kena lihat keadaan semasa Datuk Azizulhasni Awang.

“Jika dilihat prestasi di kejohanan dunia, basikal trek tidak menonjol. Sama juga dengan terjun yang alami kemerosotan prestasi dan perkara ini sememangnya membimbangkan kem negara.

“Karate dan wusyu ada rekod baik, di Sukan SEA Kemboja mereka berjaya membawa pulang emas dan wusyu kali ini kita ada juara dunia selain mereka cemerlang di Sukan Universiti Dunia,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu kepada Utusan Malaysia.

TAN Cheong Min antara sandaran pingat dalam Sukan Asia. 

Sadek menjangkakan skuad terjun dan badminton akan ­terus dibayangi kuasa besar selepas Malaysia gagal mempa­mer aksi terbaik dalam beberapa kejohanan terakhir.

Mengulas lanjut, Sadek berkata, skuad terjun dan badminton di Sukan Asia Hangzhou akan terus dibayangi kuasa besar lain selepas wakil Malaysia gagal mempamerkan aksi terbaik dalam beberapa kejohanan terakhir ini.

“Terjun kita ada atlet seperti Datuk Pandela (Rinong) dan Nor Dhabitah (Sabri) tetapi mereka ini akan terus dibayangi kuasa besar China selain atlet semakin meningkat naik dari Jepun dan Korea Selatan. 

“Semasa kejohanan dunia dan kelayakan Olimpik skuad terjun tidak menyerlah. Betul Bertrand (Rhodict Lises) menjadi atlet pertama yang layak ke Olimpik Paris tetapi, kedudukannya masih jauh ketinggalan,” katanya.

BADMINTON sukar menjanjikan pingat emas dalam Sukan Asia di Hangzhou.

Dalam pada itu, Sadek berkata, harapan untuk melihat sasaran 27 pingat dicapai mungkin sukar berdasarkan prestasi semasa atlet negara dan dia menjangkakan kira-kira 20 pingat sahaja akan diraih tanpa mengira warna.

“Sukan kita berada pada tahap yang sama dan bergantung harap kepada atlet yang sama. Ini menunjukkan perkembangan dan pembangunan atlet kita statik manakala, negara-negara lain sudah jauh meninggalkan kita,” katanya.

Pencapaian kontinjen Malaysia pada edisi terakhir Sukan Asia di Jakarta/Palembang pada 2018  ialah tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa iaitu meraih 36 pingat secara keseluruhan.

Kontinjen negara meraih masing-masing dua emas daripada acara boling dan skuasy manakala basikal trek, sepak takraw dan perahu layar pula masing-masing menyumbang satu emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya