Jersi putih jadi buruan pasukan Malaysia

Jersi putih jadi buruan pasukan Malaysia

Ketua jurulatih berbasikal lebuhraya kebangsaan, Mohd. Yusof Nasir (kiri) ketika Majlis Pengenalan pasukan Malaysia untuk Le Tour de Langkawi (LTdl) 2023 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad berbasikal kebangsaan melaungkan keazaman untuk merebut sekurang-kurangnya jersi pu­tih, Pelumba Terbaik Asia menjelang perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang membuka tirai Sabtu ini.

Ketua jurulatih berbasikal lebuhraya negara, Mohd. ­Yusof Nasir menjelaskan sasaran itu realistik biarpun mereka satu-satunya pasukan kebangsaan yang akan bersaing dalam LTdL 2023.

Untuk edisi kali ini, Malaysia mempertaruhkan enam pelumba diketuai bekas pelumba pasukan Sapura Cycling (TSC), Mohammad Zawawi Azman, Izzat Hilmi Abdul Halil, Zulhelmi Zainal, Shaiful Adlan Shukri, Nur Aiman Rosli dan Muhsin Al Redha Misbah.

Bagi Yusof, barisan yang disenaraikan ini dilihat antara pasukan yang terkuat pernah dikendalikannya mengambil kira faktor beberapa pelumba sedia ada pernah menabur bakti dengan pasukan profesional.

“Saya rasa realistik sebab ­pasukan Thailand pernah naik podium untuk anugerah pasukan terbaik, jadi kenapa kita tidak boleh?

“Kita dan Thailand bukanlah jauh beza, kita akan cuba yang terbaik.

“Saya tak berani janji tapi apa yang mampu katakan adalah mereka akan memberikan saingan kompetitif sebab mereka mahukan kemenangan,” jelas Yusof dalam sidang akhbar ­pengenalan pasukan kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Baginya, dua laluan yang dilihat berpeluang untuk pasukannya mencapai sasaran itu adalah ketika peringkat ketiga, iaitu dari Jeli ke Baling serta peringkat kelima iaitu dari Slim River ke Genting Highlands.

“Kalau kita mahu mencabar untuk jersi, saya melihat dua peringkat itu iaitu di Genting (Highlands) serta di Jeli kerana dua laluan itu berbukit panjang. Tambahan kita tidak mahu ada jurang yang panjang dengan pasukan lain, jadi kita akan cuba memberikan saingan di kedua-dua peringkat itu.

Skuad kendalian Yusof pernah mencipta sensasi ketika 2019 apabila Sofian Nabil Omar berjaya merangkul jersi putih ketika peringkat ketiga perlumbaan dari Muar ke Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya