Insiden Sabalenka patahkan raket tidak patut didedah

Insiden Sabalenka patahkan raket tidak patut didedah

Aryna Sabalenka mematahkan raket dalam bilik persalinan dan membuangnya di tong sampah sejurus selepas menerima trofi naib juara Terbuka Amerika Syarikat di New York, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ibu kepada bintang tenis Britain, Andy Murray, Judy Murray mengkritik tindakan produksi yang menyiarkan rakaman Aryna Sabalenka mematahkan raketnya dalam bilik persalinan selepas menerima trofi naib juara Terbuka Amerika (AS) ekoran kekalahan ­kepada Coco Gauff di final, Sabtu lalu.

Bintang Belarus itu memenangi set pertama tetapi tewas 6-2, 3-6, 2-6 di Stadium Arthur Ashe, New York.

Selepas menerima hadiah, kamera dalam kawasan memanaskan badan merakam Sabalenka dengan tenang meletakkan beg dan trofi di atas lantai sebelum mengeluarkan raket dan menghempasnya ke lantai.

Dia kemudian membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran dan rakaman berkenaan kemudian disiarkan semasa liputan selepas perlawanan sebelum tersebar luas di media sosial.

Judy yang merupakan ibu kepada Andy dan Jamie dalam hantarannya di laman Twitter berkata, rakaman itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

“Ia adalah detik peribadi seorang pemain dalam di bilik latihan yang kosong selepas kecewa kalah dalam perlawanan akhir final Grand Slam,” kata Judy.

https://x.com/Olly_Tennis_/status/1700900908643623108?s=20

Sementara itu, bekas pemain kriket England, Kevin Pietersen bersetuju dengan Judy sambil membalas ‘100 peratus ­betul’.

Kenyataan Judy turut disokong oleh beberapa peminat yang menganggap produksi tersebut telah ‘melanggar’ privasi Sabalenka.

“Ia (rakaman video) tidak sepatutnya didedahkan kepada umum,” tulis peminat tersebut.

“Setuju. Dia hanya meluahkan kekecewaan selepas kalah dalam kompetitif yang besar,” tulis peminat yang lain.

Insiden itu telah dirakam oleh krew yang dipercayai sedang menjalani penggambaran musim kedua Break Point, siri Netflix ‘fly on the wall’.

Sabalenka sebelum itu menangis di dalam gelanggang dan meminta maaf kepada pasukannya serta keluarga kerana gagal menghadiahkan mereka kejua­raan Terbuka AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya