Breakdance mahu ke Sukan Olimpik 2028

Breakdance mahu ke Sukan Olimpik 2028

HANNAH Yeoh (belakang, tengah) dalam majlis pelancaran Malaysia Biggest Street Dance Competition Battleground Malaysia-Road to Gold di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Melihat potensi besar yang dimiliki atlet sukan tari (breakdance) negara, Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan untuk memahat sejarah menghantar wakil dalam acara tersebut buat kali pertama pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya, Malaysia memiliki ramai bakat muda dalam breakdance dan sukan itu satu hari nanti mampu menjadi sandaran pada temasya berkenaan, sekali gus mengurangkan beban atlet badminton, basikal dan terjun.

“Sekarang Malaysia ­banyak bergantung kepada sukan berbasikal, terjun untuk mencari pingat, harapan saya pada ­Olimpik Los Angeles 2028 nanti kita ada sukan baharu yang menghantar wakil.

“Jadi, bila kita nak harapkan pingat, fokus dan beban tidak terletak kepada beberapa atlet sahaja tapi kita ada bakat lebih besar,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Malaysia Biggest Street Dance Competition Battleground Ma­laysia-Road to Gold semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai bintang sukan tari negara, Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Legosam, Hannah berkata, kementerian sentiasa memberi sokongan kepada atlet tersebut untuk terus mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

Mengikut rekod, ketika ini Lego Sam antara atlet breakdance negara yang menyinar di pentas antarabangsa termasuklah memenangi emas dalam Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya