Bintang bola sepak Moldova meninggal ketika mendaki gunung

Bintang bola sepak Moldova meninggal ketika mendaki gunung

Violeta Mitul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dunia bola sepak dikejutkan dengan kematian pemain antarabangsa Moldova, Violeta Mitul pada usia 26 tahun selepas terbabit dalam kemalangan tragis semasa mendaki gunung bersama rakan kelab.

Pemain pertahanan itu adalah bintang skuad bola sepak wanita negaranya dan menyertai kelab Iceland, Einherji Vopnafjirour, Februari lalu.

Mitul yang pernah bermain untuk kelab Itali, Apulia Trani dan La Solana di Sepanyol, memiliki 40 penampilan bersama Moldova.

Dia juga memenangi Piala Moldova bersama Alga Tiraspol dan Piala Romania ketika menyarung jersi Vasas Femina.

Mitul sedang mendaki gunung bersama rakannya ketika kejadian itu berlaku pada 4 September.

“Dengan kesedihan mendalam, kami mengumumkan kematian mengejut pemain, rakan sepasukan dan rakan kami, Violeta Mitul, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada malam 4 September, hanya di usia 26 tahun. Komuniti Vopnafjirour bersedih.

“Violeta seorang yang baik, bertenaga dan tersenyum. Dia adalah ahli pasukan yang mantap dan pemain bola sepak yang boleh dicontohi.

“Kematiannya adalah satu kejutan besar kepada kami semua dan kekosongan yang dia tinggalkan adalah hebat. Fikiran kami adalah dengan rakan sepasukan dan jurulatihnya,” tulis Einherji dalam satu kenyataan

Menurut penerbitan Iceland Visir, polis di Iceland Timur menerima laporan semalam bahawa seorang wanita telah jatuh dari tebing di marina di Vopnafjorour. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN