Belum rezeki Pearly-Thinaah

Belum rezeki Pearly-Thinaah

PEARLY TAN-M. THINAAH. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk menamatkan kemarau kejuaraan tidak kesampaian apabila tumpas di pentas final badminton Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah tumpas dalam pertarungan tiga set 21-14, 22-24, 9-21 kepada pasangan Indonesia Apriani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti biarpun mempamerkan aksi terbaik pada set pertama.

Pada set kedua, permainan berlangsung sengit namun memihak kepada pasangan Indonesia sebelum Pearly-Thinaah melakukan banyak kesilapan pada set ketiga untuk menghadiahkan kemenangan kepada Apriani-Siti Fadia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kali terakhir beregu No. 10 dunia itu merangkul gelaran pertama mereka ialah pada tahun lalu dalam Terbuka Perancis selepas mengejutkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-19, 18-21, 21-15.

Untuk rekod, ini kali kedua Pearly-Thinaah berjaya melayakkan diri ke final tahun ini selepas muncul naib juara pada kejohanan Malaysia Masters pada Mei lalu.

Semalam, Pearly-Thinaah menyingkirkan beregu adik-beradik Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-13, 21-18 untuk layak ke pentas final- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini