Atlet berguru ke luar negara demi akhiri kemarau pingat 17 tahun

Atlet berguru ke luar negara demi akhiri kemarau pingat 17 tahun

JACKIE Wong (kiri) dan Grace Wong antara prospek terbaik negara dalam acara baling tukul besi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) komited dengan misi untuk membawa pulang pingat dari Sukan Asia 2022 di Hangzhou apabila giat mengatur latihan intensif di luar negara untuk hampir sebahagian besar atletnya.

Pengurus Besar KOM, Nur Hayati Karim menjelaskan perancangan ini dibuat bagi memastikan skuad olahraga negara mampu untuk menghadirkan keputusan memberangsangkan apabila turun berentap di Hangzhou nanti.

Antara atlet yang kini berkelana di luar negara adalah Jackie Wong, Grace Wong (lontar tukul besi) dan Queenie Ting (lempar cakera) berada di China, manakala juara 400 meter (m) Sukan SEA, Umar Osman kembali berlatih dengan jurulatihnya, Simon Lau di Singapura bersama Irfan Shamsuddin (lempar cakera).

Atlet heptatlon, Norliyana Kamaruddin pula memilih untuk menjalani latihan di Jerman.

Sementara itu skuad pecut negara kendalian Mohd. Poad Kassim menjalani latihan intensif di Terengganu selepas pulang daripada menyertai Kejohanan Olahraga Provinsi Terbuka Jawa Barat (Jabar) yang bermula Selasa lalu.

UMAR USMAN

“Yang ada di China akan terus sertai kontinjen Malaysia di Hangzhou nanti, cuma pihak kami masih lagi memperincikan satu lagi kem akhir untuk semua atlet sebelum mereka berlepas pada 26 dan 27 September depan.

“Saya percaya dalam tempoh seminggu dari tarikh itu kita akan tentukan kem akhir kita dan menghimpunkan semua atlet kita, kerana kita sudah pun mempunyai perancangan yang rapi.

“Untuk aturan skuad pecut, kami serahkan kepada pihak jurulatih tentukan, kerana dia ada taktikal dan teknikalnya sendiri untuk menentukan kedudukan atlet mana yang akan beraksi.

“Insya-Allah, kita akan tengok kejutan kali ini,” jelas Hayati.

Atas kertas, KOM meletakkan sasaran realistik untuk membawa pulang satu pingat gangsa daripada temasya kali ini selepas tiga edisi sebelum ini mereka pulang dengan tangan kosong.

Kali terakhir skuad olahraga negara berjaya membawa pulang pingat dari temasya itu adalah ketika edisi 2006 Doha menerusi atlet lompat bergalah, Roslinda Samsu yang meraih pingat perak, serta Noraseela Khalid yang merangkul pingat gangsa dalam acara  400m lari berpagar.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya