Astro tampil enam saluran tambahan Sukan Asia Hangzhou

Astro tampil enam saluran tambahan Sukan Asia Hangzhou

MALAYSIA turun ke Sukan Asia di Hangzhou dengan misi mempertahankan pingat emas antara regu yang dimenangi di Palembang 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikuti detik gemillang dan perjuangan jaguh sukan negara seperti Datuk Pandalela Rinong, Lee Zii Jia mahupun aksi tumpuan skuad Sepaktakraw negara untuk mempertahankan emas acara regu dalam Sukan Asia Hangzhou, China yang akan membuka tirai pada 23 September sehingga 8 Oktober 2023 nanti.

Astro bakal membawakan liputan komprehensif 18 jam setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam serta enam saluran definisi tinggi (Saluran HD 785-790) untuk pelanggan pek sukan Astro.

Sementara itu, Astro Arena (Saluran HD 801) pula akan membawakan perkembangan lebih dekat aksi atlet negara buat semua pelangan Astro termasuk di Astro GO. Pelanggan NJOI pula boleh mendapatkan enam saluran dedikasi ini melalui pembelian Sports Mega Pack.

Antara sukan dan aksi tumpuan yang bakal disiarkan seperti acara Hoki, Sepaktakraw, Berbasikal, Terjun dan Badminton yang bakal mencipta kejayaan pada temasya sukan terbesar benua asia edisi ke 19 kali ini.

Selain itu, wartawan-wartawan Astro Arena akan berada di Hangzhou bagi membawakan kehangatan dan perkembangan lebih dekat atlit yang akan membawa cabaran negara nanti.

Antara program-program lain di Astro Arena seperti laporan berita di Nadi Arena setiap hari, termasuk juga sorotan dan rangkuman terbaik sepanjang temasya.

Sementara itu, prarancangan iaitu Pentas Tumpuan pula akan menjadi pentas perbincangan untuk acara-acara sukan yang akan menjadi prospek emas bersama tetamu jemputan dan bekas atlit negara.

Peminat sukan negara boleh mendapatkan informasi terkini jadual atau keputusan mengenai pencapaian atlit negara di laman sosial Astro Arena dan laman web Stadium Astro. Untuk maklumat lanjut sila layari www.astro.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya