Tottenham akhirnya lepaskan Kane kepada Bayern

Tottenham akhirnya lepaskan Kane kepada Bayern

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bayern Munich mencapai persetujuan untuk menandatangani kapten England, Harry Kane dari Tottenham, dengan yuran rekod Bundesliga melebihi 100 juta euro (503.53), menurut laporan media hari ini.

Rundingan antara kedua-dua kelab telah berlangsung selama beberapa minggu, ketika pengerusi Tottenham, Daniel Levy mendesak untuk mendapatkan bayaran lebih tinggi kerana menyedari Kane boleh pergi secara percuma pada akhir kontraknya tahun depan.

Bayern dilaporkan telah menyerahkan tawaran terakhir untuk penyerang berusia 30 tahun itu dalam beberapa hari kebelakangan ini, menembusi halangan 100 juta euro buat kali pertama.

Portal sukan The Athletic media terawal yang melaporkan perjanjian antara kedua-dua kelab, diikuti Sky Sports dan beberapa media Britain dan Jerman yang lain.

Kane kini mesti memutuskan sama ada dia mahu pergi atau tidak, kata laporan itu.

“Kane akan datang!” menjadi tajuk utama tabloid Jerman terlaris Bild, yang melaporkan penyerang itu mendesak agar rundingan diselesaikan sebelum Tottenham membuka kempen Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Suasana media Britain lebih suram, dengan The Sun melaporkan peminat Spurs ‘patah hati’ dan ‘kehancuran telah berlaku’.

Juara Eropah enam kali, Bayern dari segi sejarah enggan berbelanja besar untuk yuran perpindahan berbanding kebanyakan pesaing utama mereka yang lain.

Angka yang dilaporkan melebihi 100 juta euro melebihi perbelanjaan perpindahan rekod tertinggi gergasi Jerman itu sebelum ini iaitu 80 juta euro (RM402.83 juta) yang dibayar pada 2019 untuk pertahanan Perancis, Lucas Hernandez.

Bayern telah mencari penyerang berprofil tinggi sejak pemergian Robert Lewandowski ke Barcelona pada akhir musim 2021-2022. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN