Tak cukup dapat 3 bintang Liverpool, Alisson pula diburu Pak Arab

Tak cukup dapat 3 bintang Liverpool, Alisson pula diburu Pak Arab

ALISSON BECKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sudah pun memancing tiga legenda Liverpool, Jordan Henderson, Fabinho serta Roberto Firmino, kelab kaya Arab Saudi masih belum berpuas hati dan kini menyasarkan pula penjaga gol utama Reds, Alisson Becker.

Menurut media Bri­tain, penjaga gol ­Brazil berusia 30 tahun itu menjadi sasaran kelab yang dibarisi seorang lagi bekas bintang Liverpool, Sadio Mane, Al-Nassr.

Al-Nassr yang turut memiliki Cristiano Ro­naldo kecewa dengan persembahan penjaga gol sekarang, Nawaf Al-Aqidi ketika tewas 2-1 di tangan Al-Ettifaq, skuad bimbingan legenda Liverpool, Steven Gerrard kelmarin.

Kelab itu kini, mahu menggantikan Nawaf dengan Alisson, penjaga gol yang telah membantu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana inggeris, menurut laporan Footmercato.

Kehilangan penjaga gol utama adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan Jurgen Klopp selepas kelab Saudi mendapatkan khidmat Henderson dan Fabinho yang berjaya memujuk mereka supaya meninggalkan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Terdahulu Liverpool melepaskan Firmino, yang meledak hatrik pada penampilan sulungnya dalam Liga Pro Saudi bersama Al-Ahli, Jumaat lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN