Shereen pecah rekod 200m milik G. Shanti

Shereen pecah rekod 200m milik G. Shanti

SHEREEN Samson Vallabouy memecahkan rekod 200m milik G.Shanti yang berusia 25 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di bumi Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter (m) dengan catatan 23.33 saat (s).

Shereen memecahkan rekod berusia 25 tahun milik legenda olahraga negara, G. Shanti (23.37s) ketika menduduki tempat keempat pada aksi final Kejohanan Olahraga Ed Murphey Classic 2023 di Memphis, Tennessee, awal pagi tadi.

Aksi final itu dimenangi atlet Jamaica, Nataliah Whyte dengan catatan 22.76s diikuti Talitha Diggs dari AS kedua (22.83s) manakala pelari Nigeria, Favour Ofili ketiga (22.94s).

Pada April lalu, Shereen yang berumur 25 tahun meleburkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun dalam acara 400m milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam dengan catatan 51.80s di Kejohanan Olahraga St Mac Relays di California.

Dia yang kini bergelar atlet profesional selepas menamatkan pengajian di Winona State University di Minnesota, memperbaharui rekod Rabia yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada tahun 1993 di Filipina.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya