Pingat e-sukan tarik orang muda sokong Sukan Asia

Pingat e-sukan tarik orang muda sokong Sukan Asia

E-SUKAN membuat penampilan pada Sukan Asia 2018 sebagai acara demonstrasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU, China: Sukan Asia 2022 yang akan membuka tirai di Hangzhou bulan depan bakal menarik lebih ramai golongan muda apabila buat kali pertama menawarkan pingat dalam e-sukan

Lapan acara akan dipertan­dingkan iaitu Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, FIFA, League of Legends, PUBG Mobile (versi Sukan Asia) dan Street Fighter V.

Kebanyakan pemain menikmati pangkalan peminat yang luas, malah sebahagian mereka mempunyai kejohanan sendiri di peringkat kebangsaan, benua atau antarabangsa.

“E-sukan industri yang berkembang maju di Asia. Ia mempunyai potensi besar dan menghubungkan orang dari pelbagai latar belakang, budaya serta negara berbeza,” kata Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF), Kenneth Fok Kai-kong.

Semalam, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh AESF sebagai persediaan e-sukan membuat penampilan sulung sebagai acara pingat penuh di temasya Hangzhou yang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober.

Pada Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta/Palembang, Indonesia, lima acara telah dimasukkan sebagai untuk demonstrasi.

Temasya Hangzhou sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan ke tahun ini kerana protokol Covid-19 yang ketat di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya