Peluang Chelsea sambar Neymar

Peluang Chelsea sambar Neymar

NEYMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Chelsea cuba menjauhkan diri daripada laporan yang mengaitkan mereka mereka de­ngan rundingan mendapatkan Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini.

Menurut laporan di Perancis, penyerang Brazil itu ter­desak meninggalkan PSG sebelum jendela perpindahan berakhir.

Neymar, 31, dikatakan mahu kembali ke Barcelona, namun juara Liga Sepanyol itu mengutamakan pemain lain, termasuk mendapatkan bintang tengah Manchester City, Bernardo Silva.

Chelsea turut dikaitkan de­ngan Neymar, dan RMC Sport semalam melaporkan kelab Liga Perdana Inggeris itu telah berhubung dengan wakil pemain tersebut.

Neymar juga mempunyai hubungan positif dengan ­pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino ketika mereka bekerjasama di PSG.

“Ia sangat mudah dengan Neymar kerana anda tidak perlu melakukan terlalu banyak.

“Dari hari pertama, dia sangat terbuka untuk bekerja. Dia sangat merendah diri, dia mendengar dan sentiasa menerima semua arahan dengan cara yang sangat baik,” kata Pochettino mengenai Neymar pada 2021.

Kehilangan Neymar pastinya satu tamparan buat PSG yang masih berdepan jalan buntu mengenai masa depan Kylian Mbappe yang enggan memperbaharui kontraknya.

Mereka juga sudah kehilangan Lionel Messi yang tidak menyambung kontrak dan memilih untuk berhijrah ke Ame­rika Syarikat (AS). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN