Messi ketuai kemaraan Miami ke final Piala Liga-Liga

Messi ketuai kemaraan Miami ke final Piala Liga-Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHESTER, Amerika Syarikat: Lionel Messi meledak gol menakjubkan dari jarak 40 ela untuk mengetuai kemaraan Inter Miami ke final Piala Liga-Liga dengan menundukkan Philadelphia Union 4-1 sebentar tadi.

Itu adalah jaringan kesembilan Messi hanya dalam enam perlawanan sejak menyertai Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Pemain antarabangsa Venezuela, Josef Martinez, bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Jordi Alba dan pemain gantian, David Ruiz turut menjaringkan gol buat Miami dengan Alejandro Bedoya muncul penjaring gol tunggal Philadelphia.

Keputusan itu bermakna Messi akan beraksi dalam perlawanan akhir ke-42 sepanjang kariernya, Sabtu ini.

Miami akan bertemu pemenang di antara gergasi Mexico, Monterrey atau kelab MLS, Nashville yang bertarung dalam satu lagi separuh akhir hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN