LTdL 2023: Misi pertahan Raja Bukit amat mencabar

LTdL 2023: Misi pertahan Raja Bukit amat mencabar

AIMAN Zariff memenangi jersi merah selaku Raja Bukit dalam LTdL 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyandang jersi merah, Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL), Nur Aiman Za­riff dijangka berdepan tugas berat untuk mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut apabila perlumbaan membuka tirai pada 23 September ini.

Ia selepas beberapa pasukan ternama dunia sudah mengesahkan penyertaan mereka, dengan salah satu daripadanya Euskaltel-Euskadi, pasukan Jelajah Dunia dari Sepanyol yang membariskan tujuh pakar pendaki.

Perkara itu didedahkan Ke­tua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal yang merasakan strategi mereka agak unik dan bakal memberi cabaran buat Aiman yang beraksi untuk Terengganu Polygon Cycling (TSG).

“Ada satu pasukan dari Sepanyol, Euskaltel-Euskadi yang dilihat mempunyai objektif unik menghantar enam pendaki.

“Salah seorang pelumba mereka cukup terkenal dan pernah memenangi laluan berbukit paling sukar pada penyertaan baru-baru ini,” katanya.

“Mereka mengetahui ada satu laluan unik untuk mendaki di Titiwangsa sebelum ke Genting Highland. Mereka memang sasar untuk memenangi laluan mendaki pada pelumba kali ini,” jelasnya kepada pemberita.

Aiman melakar sejarah pada 2020 apabila menjadi pelumba Malaysia pertama merangkul gelaran Raja Bukit LTdl bersama Sapura Cycling Team (TSC), sebelum sekali lagi melakar satu lagi sejarah dengan mempertahankannya pada edisi 2022 bersama TSG.

Difahamkan pelumba berusia 25 tahun itu sedang giat melakukan persiapan rapi dengan berkayuh di Genting Highland memandangkan ia adalah sebahagian daripada peringkat perlumbaan untuk edisi kali ini.

Sebanyak 22 pasukan bakal berentap pada edisi kali ini dengan lapan peringkat menjadi ujian buat kesemua para pelumba meliputi jarak kayuhan sejauh 1,280 kilometer (km).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya