Langgar lari, bintang renang Korea dibenarkan ke Sukan Asia

Langgar lari, bintang renang Korea dibenarkan ke Sukan Asia

HWANG SUN WOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Bintang renang Korea Selatan, Hwang Sun Woo dibenarkan untuk beraksi dalam Sukan Asia di Hangzhou, bulan depan meskipun terpalit dengan kes langgar lari, Ahad lalu.

Kemalangan tersebut tidak membatalkan kelayakan pemilik dua pingat emas Kejohanan Jarak Dekat Dunia itu daripada mewakili skuad kebangsaan, kata Persekutuan Renang Korea (KSF).

Ahad lalu, Sun Woo, 20, memandu kenderaan ke Pusat Latihan Kebangsaan Jincheon dan melanggar seorang pejalan kaki berusia 80-an.

Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian kerana tidak menyedari perlanggaran itu, dan kembali ke lokasi kemala­ngan selepas melihat salah satu cermin sisi keretanya pecah sebaik sahaja tiba di pusat latihan.

Pejalan kaki itu tidak ce­dera parah dan bersetuju menyelesaikan kes secara baik, malah Sun Woo juga telah melaporkan kepada kejadian tersebut kepada polis pada hari sama.

Pada Isnin lalu, KSF mengeluarkan kenyataan Sun Woo tidak berniat melarikan diri selepas melanggar pejalan kaki tersebut.

“Hwang mengambil tindakan segera dalam mengendalikan kejadian itu tetapi dia tidak me­lakukan sebarang kesalahan seperti memandu dalam kea­daan mabuk atau melarikan diri dari tempat kejadian.

“Siasatan polis sedang dijalankan namun insiden itu tidak membatalkan kelayakannya daripada skuad kebangsaan, mengikut peraturan pemilihan pasukan kebangsaan Jawatankuasa Sukan Olimpik Korea.

“Oleh itu, Hwang masih boleh mewakili Korea,” kata kenyataan KSF.

Sun Woo merupakan pe­renang terbaik Korea ketika ini dan baru meraih pingat gangsa 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada Kejohanan Dunia di Jepun, bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya