JDT ada kelebihan psikologi

JDT ada kelebihan psikologi

UNDIAN Liga Juara-Juara Asia yang diadakan di AFC House, Bukit Jalil kelmarin. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘berjodoh’ lagi dengan dua gergasi Asia, Kawasaki Frontale (Jepun) dan Ulsan Hyundai (Korea Selatan) apabila diletak dalam Kumpulan I.

Melengkapkan sai­ngan adalah kelab Thailand, BG Pathum United.

Biarpun Frontale dan Ulsan meme­gang reputasi besar, namun pernah bertemu kedua-dua kelab tahun lalu membolehkan JDT lebih memahami lawan.

Harimau Selatan juga dilihat memiliki kelebihan psikologi ke atas juara ACL 2020, Ulsan ­ke­rana mengalahkan kelab Korea itu 2-1 dalam kedua-dua pertemuan mereka tahun lalu yang di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadikan venue berpusat.

JDT yang memahat sejarah layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama musim lalu, menamatkan kempen selaku juara Kumpulan I.

Mereka mengikat juara Liga Jepun 2021, Frontale 0-0 dalam aksi pertama tetapi dibelasah 5-0 dalam perlawanan kedua.

Begitupun untuk musim ini, format pertandingan diubah di mana aksi ‘home’ dan ‘away’ kembali digunakan bagi mencari dua pasukan terbaik yang layak ke pusingan 16 terbaik dari Zon Timur.

Pengendali JDT, Esteban Solari mengakui, saingan ACL amat berbeza dengan Liga Malaysia (Liga M) kerana kejohanan itu dibarisi kelab-kelab terbaik Asia dan mempunyai ramai pemain berkualiti.

Begitupun, itu bukan alasan untuk JDT berasa rendah diri, sebaliknya ini peluang mereka cuba mengatasi pencapaian musim lalu.

“Tentu sekali kumpulan yang sukar berada bersama kelab dari Jepun, Korea Selatan dan Thailand…mereka adalah pilihan. Semua tahu kita akan berdepan perlawanan yang sukar.

“Kami kena fikirkan untuk menyediakan pasukan secara mental dan taktikal dan kami lihat peluang tetap ada. Musim ini format tidak sama seperti tahun lalu.

“Saya fikir pemain dan peminat menunggu saat ini, menentang juara-juara daripada liga (seluruh Asia) kerana di ACL hanya disertai pasukan terbaik dan pemain berkualiti,” katanya ketika ditemui selepas tamat undian di sini semalam.

Aksi peringkat kumpulan akan membuka tirai pada pertengahan bulan depan, di mana ia menjadi penampilan kelima berturut-turut buat JDT di peringkat di pentas tertinggi Asia itu sejak 2019.

Pencapaian terbaik skuad Harimau Selatan tentunya berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 akhir pada edisi lalu selepas tiga penampilan yang disertai sebelum ini berakhir setakat di peringkat kumpulan.

Bagi musim 2022, JDT mencipta sejarah sebagai pasukan dari Malaysia pertama mara ke peringkat kalah mati apabila mengungguli Kumpulan I bagi saingan ACL musim 2022.

Mereka menamatkan ­saingan selaku juara dalam kumpulan yang turut dihuni Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Guangzhou Evergrande.

Bagaimanapun, langkah me­reka terhenti di tangan gergasi Jepun, Urawa Red Diamond selepas tewas 5-0 pada pusingan 16 terbaik di Stadium Saitama.

Urawa kemudian menutup saingan sebagai juara AC.

Lebih menarik tahun ini bakal menyaksikan ramai bintang ­dunia bakal beraksi di saingan ACL antaranya Cristiano Ronaldo, Neymar, Sadio Mane dan ramai lagi yang beraksi untuk kelab Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN